Jika saya ada pada masa itu, sudah semestinya maggi saya akan bakarkannya. Dan ia menjadi kenyataan baru-baru ini. Kami jumpa todak di Pangani (tengok gambar pantai Pangani di posting awal kami). Kami bukan saja jumpa todak tapi kami jumpa pari, udang dan lain-lain lagi!! Masih segar bugar dari laut!
Jika sesiapa yang tidak tahu apa dan mana itu Pangani...ia adalah sebuah pekan kecil di pantai bahagian utara Tanzania. Lebih kurang 300km dari Arusha@Kilimanjaro. Dulu Pangani ini dijadikan tempat persinggahan utama orang-orang Arab untuk membeli dan menjual hamba-hamba abdi! Jangan terkezut!!
Pangani ini terbahagi kepada dua oleh sebuah sungai yang juga dinamakan Pangani! Untuk ke hotel kami, kami perlu untuk menyeberang sungai itu menggunakan feri usung yang amat menggerunkan!! rasanya kalau tersilap pijak lantainya, mahu tenggelam kami.
Tengoklah gambar feri tu dibawah -
Sudah tiga kali kami pergi ke sana, syukur sampai sekarang masih tiada bala menimpa feri ini.
Sesudah sampai di hotel kami, apa lagi, dengan bersenjatakan google, pelampung dan jaket keselamatan, kami serbu pantainya. Heheheh, memang inilah bahananya kalau tak tahu berenang!
Sampai tengahari, kami tunggu nelayan balik. Mulai lebih kurang pukul 1 tengahari baliklah mereka. Masa inilah kami rasa paling seronok. Tapi ini tak sama hebatnya seronok tunggu orang pasar keluarkan ikan dari peti ais depa...hehehehe atau tengok ikan haruan/keli dalam kotak plastik di pasaraya Giant!
Nelayan di Tanzania tidak pakai bot enjin, malah mereka tak pakai bot...mereka bukan mewah macam nelayan Malaysia yang dapat subsidi enjin dan elaun harian...Mereka sempoi je, pakai layar dan tengoklah betapa daifnya perahu-perahu mereka...tapi mereka boleh menyelam tanpa bantuan apa-apa alat tanpa masalah dengan senang sekali. Tapi apa2 hal saya rasa hasil nelayan Tanzania dan Malaysia lebih kurang sama je...ye lah, hasil tangkapan laut kita mana cukup sampai kena impot dan bela dalam kolam-kolam. Dahlah yang ade kat pasar tu banyak yang dah merah matanya, pecah perut dan lembik.
Dan yang paling best skali bila depa pulang dengan ikan-ikan idaman kami!! Bila ada yang menjadi pilihan kami, mulalah proses tawar menawar yang hebat...mula-mula kami beli ikan todak!! Ikan todak 5 kilo kami dapat lebih kurang Rm20 kesemuanya.
Kali ketiga kami disana, kami di'hadiah'kan pula dengan ikan pari!! Udang harimau pun kami dapat tapi terlupa lak ambik gambo-gambonya. Ikan pari ni yang lebih kurang seberat 8 kilo ni dijual kepada kami lebih RM60.
Dah dapat apa yang kami nak, apa lagi, kami mulakan projek ikan bakar!!
Fuh, dengan cicah sambal ikan bakar istimewa hasil isteriku serta maknya...kami bertukar menjadi pirana!! Ikan-ikan bakar tu habis dalam masa 10 minit!
Udang-udang pula kami buat rendang. Fuh, ini lagi maha hebat!! Mungkin ada yang tak pernah lagi rasa rendang udang...sapa yang tak pernah rendang jenis ni, memang telah rugi salah satu nikmat dunia!!
Cakap pasal makan rendang, ikan bakar ni mengingatkan saya kepada isteri saya yang telah beriya-iya janji nak buat rendang udang hari tu lagi...air liur dah meleleh ni.
ok sambung jap lagi ye...mana pulak bini aku ni.
No comments:
Post a Comment