Tuesday, May 18, 2010

Kenapa?

Oh sudah lama tak ber'blog' ni...manyak sibuk.

Anyway, I nak tanya Home Minister kita ni kenapa boleh 'menghadap' jumpa Raja Perempuan Kelantan yang mendakwa dikasari oleh Polis? Laporan akhbar mengatakan tangan Raja Perempuan 'lebam' kerana kekasaran itu.

Kenapa pulak tak pergi jumpa keluarga Aminulrasyid berkaitan anak mereka, Aminurasyid yang telah ditembak di kepala dan mati?

Bukankah darah si arwah itu merah juga?

Adakah kerna Shah Alam dipegang oleh MP yang tidak sekutu dengan kerajaan dan kerna itu Chief Of Police Negeri Sembilan (yang dikuasai oleh kerajaan) terus memintak maaf bila orang dia menembak seorang mat rempit di negeri sembilan?

Memang saya setuju bila kerajaan melalui Peguam Negara bawa kes Aminulrasyid ke Mahkamah.

Tapi lebih banyak baiknya jika Home Minister kita pergi jumpa keluarga Aminulrasyid...kalu tak nak disensasikan atau disalahertikan, jumpa la senyap-senyap.

bukan begitu Labu?

No comments:

Post a Comment