Menteri kita cakap dengan RM3000 cukup untuk duduk di kota raya provided kita tidak ade Astro dan Kereta...oiii, sedapnya mulut dia bercakap!
Apa jenis menteri ni, dia ingat kita mentedarah Astro ngan Kereta ke?!!
Dia ingat kita perlu 'puashati' dengan RM3000 tu sahaja?
Mentang2 lah awak ade driver, kereta free, ade escort and tauke Astro kawan baik kerajaan...tol awak ntah2 bole claim...
Hello, tak tahu ke sekrg kereta sudah jadi keperluan bukan lagi salah satu kemewahan...jangan salahkan rakyat (walaupun anak ramai) kalu rakyat nak beli kereta kancil kerana nak lawat makbapak kota kat kampung...atau kerana tidak mampu hantar anak pakai bas sekolah kerana tambang bas sekolah sudah mahal...
Sepatutnya...berilah suggestion yang lebih munasabah, lebih bijak...
Inilah kalau first time jadi menteri, tak sudah2 pikir cakap dia sahaja yang penuh ngan wisdom dan bagus...
sebelum tu pulak beri gambaran yang salah, kata semua org Kampung Baru beri persetujuan utk bangunkan kawasan Kampung baru...eh eh eh, sedapnya mulut dia bercakap...inilah bahana kalu takde org nak tegur menteri2 kita ni...
Jawatankuasa Kg Baru atau MAS cakap bila masa depa kasi persetujuan, depa kata depa bukan anti pembangunan tapi caranya kena betul!
Betul jugak MAS ckp...Kenapa nak bagi org luar yang handlekan? Itulah satu2 kawasan Melayu jati atau totok yang masih wujud kat Kuala Lumpur, apa salahnya kita bangunkan ikut cara depa...kalu saya, saya suruh depa cantikkan rumah depa...walaupun rumah kayu...biar ade ciri2 melayu original di dalam Kuala Lumpur...tak yah bangunan tinggi tinggi diperbuat ngan simen, besi dan kaca...cantikkan Kg Baru dengan watak2 tradisional melayu dari Selangor, NS, Perak, Kelantan, etc...jadikan ia tempat tourism yang unggul...eh kalau kita ade Petaling Street dan Brickfields untuk menampakkan ciri2 kaum2 lain, apa salah jadikan Kg Baru ciri Melayu di tengah Kuala Lumpur?!
lagi satu tolonglah pikir brp sgt org melayu yang ade tanah atau hartanah kat Kuala Lumpur sekrg...cubalah pikir baik2, cubalah tanganinya dengan hati2 dan penuh sensitiviti...jangan pikir pembangunan itu bole dipaksa...
menteri tu agaknya kalu kasi kat melayu (org dia sendiri) utk bangunkan Kg Baru...nanti kawasan akan tetap dull...tapi pikirlah kalu org melayu sudah bahagia dengan cara dia buat niaga...cara dia persembahkan perniagaan yang mungkin dibuat ala kadar bukan seperti kedai kaum lain, apa salahnya kita terima...kita bole terima org asli kita bercawat sampai sekrg takkan kita tak bole terima cara kita org kita berniaga atau memajukan diri...
adakah tempat niaga atau pembangunan itu perlu pertukaran secara fizikal sahaja seperti kena buat bahagian pameran yang canggih, yang lip lap lip lap...sebenarnya bagi sesetengah org pemikiran kita yang perlukan pembangunan dahulu...dan masih ade org Melayu suka berniaga mengikut kemampuan dan tidak mahu sgt mengikut cara masakini, tapi kalu dia dpt untung byk dgn cara itu, kenapa hendak dipaksa dia berubah...
siapa yang taknak tgk kaum sendiri maju, berjaya...tapi kenalah tanganinya dengan penuh bijaksana...
eh nak tgk bola la, Holland dan Jepun!!
No comments:
Post a Comment